Bangunan JKR Hulu Perak ini merupakan bangunan Bangunan Baru antara pejabat JKR Negeri Perak. Terletak di bandar Gerik Perak Darul Ridzuan tersergam indah dengan rekabentuk baru serta dihiasi lanskap yang menarik. Foto ini di rakamkan pada tahun 2010 yang lalu.
Search This Blog
Saturday, January 17, 2015
Friday, January 16, 2015
ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR
Adalah istana sementara yang
dibina menggantikan Istana Negara yang dirobohkan untuk pembinaan
istana baru (Istana Iskandariah sekarang). Diperbuat daripada kayu dan juga
dikenali dengan Istana Lembah atau Istana Tepas. Pembinaanya adalah
berkonsepkan bentuk sebilah pedang. Dindingnya menggunakan kelarai,
berbumbung perabung lima dan perabung pisang sesikat.
Terletak berhampiran Istana
Iskandariah, dan pembinaannya dirancang selepas banjir besar yang
melanda negeri Perak pada tahun 1926. Tukang yang membuat istana ini
adalah Hj. Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari
Seberang Prai. Sultan Iskandar Syah bersemayam
disini setelah siap di bina pada tahun 1931 (Sultan Perak ke 30). Nama Istana Kenangan
diberikan pada tahun 1960an setelah dibaiki semula oleh YTM Tunku
Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
ISTANA ISKANDARIAH, KUALA KANGSAR
Terletak diatas tapak berukuran
112,320 kaki persegi dengan memiliki bentuk segiempat bujur,
yang mana muka hadapannya menghadap arah matahari terbit dan terus
menghala ke arah Sungai Perak.
Adalah istana rasmi tempat
bersemayam Raja-Raja pemerintah yang ditabalkan di negeri
Perak sejak tahun 1933.
Istana ini mengambil nama Sultan
Iskandar Syah yang bertanggungjawab semasa pembinaannya .
Pembinaannya telah disempurnakan
di atas tapak Istana Negara di tebing sebelah kiri Sungai Perak di
Bukit Chandan. Sultan Idris Shah II menaiki
takhta Kerajaan dan bersemayam di Istana ini sehingga kemangkatannya
pada tahun 1984
Mempunyai rekabentuk segiempat
bujur dengan elemen gerbang, menara dan kubah. Dibina bercirikan rekabentuk luar
negeri, iaitu menyerupai senibina Islam-India “Saraccenic” yang
diadun dengan senibina Asia Barat. Senibina ini digemari oleh ahli
senibina Inggeris dan diperkembangkan di Tanah Melayu pada kurun ke
20 seperti pembinaan Masjid, Stesen Keretapi dan Istana Iskandariah
Sendiri.
Dapat dilihat pada gerbang
tajamnya dan menara yang dilengkapi kubah berbentuk bawang. Dari
pandangan hadapannya jelas menampakkan bentuk kubahnya dalam bentuk
bawang. Selain Kubah Induk terdapat empat
lagi kubah pengapit kecil pada setiap penjuru, yang
menempatkan Anjung dan Balkoni terbuka. Merupakan bangunan tiga tingkat
dengan fungsi-fungsinya yang tersendiri
Gerbang-gerbang yang jadi identiti Istana Iskandariah
Subscribe to:
Posts (Atom)