Search This Blog
Friday, January 2, 2015
JAMBATAN VICTORIA, KARAI, KUALA KANGSAR
Tembok hujung jambatan
Jambatan Victoria juga dikenali sebagai Jambatan Enggor merupakan jambatan landasan keretapi terletak 9km dari Bandar Kuala Kangsar.
Mula dibina pada tahun 1897 dan siap sekitar tahun 1900 yang mempunyai sepasang kerangka besi setinggi melebihi 3.00m merentangi Sungai Perak.
Jambatan ini tidak lagi digunakan setelah terbinanya jambatan konkrit yang baru disebelahnya yang mengandungi landasan berkembar yang siap pada tahun 2002.
JAMBATAN SULTAN ABDUL JALIL SHAH, KUALA KANGSAR
Jambatan ini adalah juga dikenali sebagai Jambatan Sultan Abd Jalil Shah yang merupakan salah satu daripada dua jambatan ynag merentangi sungai Perak di Kuala Kangsar selain Jambatan Iskandar.
Dibuka secara rasmi pada tahun bulan Jun, 2002 oleh DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah dan sepanjang 330m menghubungkan Sayong dan Kuala Kangsar.
Jambatan ini direkabentuk dan diselenggara oleh JKR Perak yang digunakan oleh pelbagai kenderaan termasuk pejalan kaki.
JAMBATAN ISKANDAR KUALA KANGSAR
Merupakan salah satu jambatan yang mengagumkan merentangi Sungai Perak dengan lokasi 10km dari Bandar Kuala Kangsar.
Telah Dibina oleh James Craig Ltd. Antara tahun 1926 hingga 1932 menjadikannya jambatan lengkungan besi terpanjang paling awal di Malaysia iaitu sepanjang 284 meter. Setiap rentanagn mengandungi empat set lengkungan besi built-up disambungkan dengan kekuda dan topang.
Dibina diatas struktur konkrit (piers) yang bertekstur yang menyokong struktur keluli tersebut.
Thursday, January 1, 2015
KOMPLEKS RENANG DAN REKREASI MPKK
Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuala Kangsar adalah cetusan idea oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan yang mahukan Bandar Kuala Kansar memiliki fasiliti yang lengkap untuk kemudahan penduduknya. Pihak JKR Perak telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan impian ini. Kompleks Kolam Renang Dan Rekreasi ini mengandungi Kolam Renang bersaiz Olimpik (50.00m x 25.00 m) dengan kedalam bermula 1.20m hingga 1.80m. Sebagai kompleks untuk rekreasi, ia dilengkapi dengan kemudahan lain seperti gimnasium, kantin, gerai cenderahati, bilik persalinan beserta tandas dan bilik mesyuarat. Ia juga dilengkapi dengan kolam mandi untuk kanak-kanak beserta gelongsor dan aksesori kolam yang lain seperti pancutan air. Ramlah Ram dan Suhaimi Meor Hassan adalah dua artis yang dijemput untuk menghiburkan tetamu pada malam perasmian Kompleks Kolam Renang ini.
KOLAM/LOMBONG PANCING DI PUSING
Lokasi tempat ini memang ramai yang tidak mengetahuinya kecuali bagi kaki pancing. Kolam ini terletak di antara Lahat dan Pusing dikanan jalan Ipoh-Lumut. Kini kawasan ini tidak seindah waktu foto ini dirakamkan pada tahun 2012. Kini kolamny asemakin mengecil kerana di penuhi dengan rumput dan belukar yang semakin bertambah keluasannya.
MASJID TINGGI BAGAN SERAI
Inilah beberapa imej lama Masjid Tinggi yang mana merupakan salah satu tarikan di Bagan serai, Perak darul Ridzuan. Masjid yang mempunyai nilai sejarah yang menarik dan senibina yang unik. Ia boleh diketengahkan sebagai daya tarika pelancung dalam dan luar negara
Masjid ini telah dibina pada awal tahun 1900. Menurut rakyat tempatan, masjid ini asalnya adalah sebuah surau yang telah dibina oleh orang-orang Banjar yang berhijrah ke kawasan Kuala Kurau/Masjid Tinggi. Mereka dikatakan dibawa masuk dari Sumatera & Jambi, Indonesia pada tahun 1850-1860. Dengan pertambahan jumlah penduduk, surau tersebut teah dirobohkan dan digantikan dengan Masjid. Rekabentuk Masjid ini dikatakan diambil dari daerah Banjar Masin Indonesia. Dengan Terbinanya masji baru pada tahun 1966, maka masji ini tidak lagi digunakan. Baik pulih telah dijalankan oleh JKR pada tahun 1995.
Wednesday, December 31, 2014
MASJID HIDAYATUL UMMAH, KOTA LAMA KIRI
Masjid baru Kota Lama Kiri, Masjid Hidayatul Ummah yang terletak di tepi jalan antara Jambatan Iskandar dan Bandar Kuala Kangsar tersergam indah dengan rekabentuk yang menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)