Saturday, January 10, 2015

MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL, TANJUNG MALIM










MASJID RIDWANIAH, KUALA KANGSAR


Masjid ini telah dibina pada tahun 1915 di zaman DYMM Sultan Idris Murshidul Ad’zam Shah (1887 -1916) Sultan Perak ke-38 Dibina diatas tanah yang diwakafkan oleh DYMM sendiri Kos pembinaannya adalah daripada wang wakaf DYMM, manaka penyelenggaraan di bawah satu badan yang dipanggil “Sultan Idris Religious and Charitable Trust” 

Masjid ini telah mengalami beberapa peringkat pengubahsuaian dan dibesarkan lagi di zaman DYMM Almarhum Sultan Iskandar sehingga Sultan Idris Shah II Pada tahun 1980-1981 masjid ini telah bertukar rupabentuk daripada asal kepada keadaan sekarang. 

Memiliki Bilik Mesyuarat, Pejabat dan kemudahan-kemudahan lain. Ia juga merupakan masjid terbesar di Kuala Kangsar dan menjadi Masjid Daerah dibawah Kerajaan Negeri.






Inii adalah imej Masjid Ridwaniah pada hari ini.

Masjid Ridwaniah pada tahun 1921

Wednesday, January 7, 2015

ISTANA HULU (SEKARANG GALERI SULTAN AZLAN SHAH)



Ini adalah merupakan bangunan asal Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) yang terletak di Bukit Chandan Kuala Kangsar. Bangunan ini adalah merupakan Istana Hulu.

Beberapa imej lama menunjukkan beberapa bahagian Istana Hulu yang mengalami evolusi perubahan rekabentuk sehingga fungsinya berubah menjadi Galeri Sultan Azlan Shah yang kin menjadi antara salah satu tarikan utama ke bandar  DiRaja Kuala Kangsar.

Fakta Berkenaan Istana Hulu 

Istana Hulu juga dikenali dengan nama Istana Kota yang terletak di bukit Chandan tidak jauh dari Masjid Ubudiah. Merupakan tempat bersemayam Sultan Perak ke 28, Sultan Idris Murshidul Azam Shah (1887 – 1916). Bangunan ini dibina pada pada tahun 1903 dan siap pada 19016 dan diduki pula oleh Sultan Abdul JalilDalam tahun 1954, 

 Istana Hulu telah diduduki pula oleh Kementerian Pelajaran dan pada 1957.Ia digunakan sebagai sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Sekolah ini telah ditukar pula namanya kepada Sekolah Raja Perempuan Muzwin sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin bt. Raja Ariff Shah Pada tahun 2001, Kerajaan Negeri melalui JKR Perak sebagai agen pelaksana telah menjalankan pemuliharaan ke atas Istana Hulu untuk dijadikan Galeri Sultan Azlan Shah (keluasan tapak adalah 11, 053 m2 atau bersamaan 2.73 ekar.

Sejak itu Istana Hulu dikenali sebagai Galeri Sultan Azlan Shah, Bangunan Sekolah sediada telah diubahsuai dan digunakan sebagai Pejabat Pentadbiran Galeri ini dan pembinaan Bangunan tambahan yang baru untuk Galeri Kereta. Projek ini telah di siapkan pada tahun 2003 dan telah dirasmikan oleh Ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada Disember 2003


Pada tahun 2006 pula tercetusnya idea DYMM untuk membina Galeri Tambahan dan Gedung Simpanan Rekod memandangkan koleksi yang kian bertambah. Pada tahun 2009 pembinaan Galeri Tambahan ini telah bermula.  Keluasa tapak bagi Galeri Tambahan ini adalah seluas 2,561m2


MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR



 Imej Masjid Ubudiah pada tahun 1965


Rekabentuk tingkap Masjid yang indah



Salah Satu daripada Anjung Masjid 



Masjid Ubudiah dihiasi dengan pagar kekisi keluli berwarna emas


Masjid Ubudiah dipandang melalui Anjung Utamanya

 Satu lagi imej lama Masjid Ubudiah


Ruang Balai Lintang Masjid Ubudiah


Telah dibina oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah (1887-1916) dan menitah Colonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk merekabentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Arkitek yang ditugaskan merekabentuk Masjid ini ialah Mr. Hubbeck, yang menggunakan senireka 'Moor' dan Mr Caulfield, Jurutera Negeri Perak, telah ditugaskan melaksanakan bangunan Masjid ini.   
Senireka yang diilhamkan oleh Mr. Hubbeck telah menjadikan Masjid Ubudiah salah satu masjidyang mempunyai nilai senireka yang bermutu tinggi sehingga ianya mendapat tempat dalam pelan pelancongan. Pada hari Jumaat, 26hb. September 1913, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Batu mar-mar pembinaan masjid ini dipesan dari Itali dan telah dibawa melalui Afrika Selatan. Walau bagaimana pun pada tahun 1917, Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918) yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916.

JAMBATAN CEMPAKASARI, PARIT




TAMAN DR. SEENIVASAGAM, IPOH







































Tuesday, January 6, 2015

MASJID BARU BANDAR BATU GAJAH









JAMBATAN SULTAN ISKANDAR IPOH











TAMAN & LANSKAP DEWAN BANDARAYA IPOH (PEOPLES PARK LAMA)




Kawasan ini merupakan salah satu taman dan landskap hijau yang diwujudkan oleh DBI. Ianya menggantikan kawasan perniagaan hujung minggu yang sangat popular di bandaraya Ipoh suatu ketika dahulu (Peoples Park) yang kini telah dialihkan ke lokasi lain.


Gambar ini dirakamkan pada tahun 2011 yang lalu dan masih kekal hijau dan indah hingga hari ini.