Wednesday, January 7, 2015

ISTANA HULU (SEKARANG GALERI SULTAN AZLAN SHAH)



Ini adalah merupakan bangunan asal Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) yang terletak di Bukit Chandan Kuala Kangsar. Bangunan ini adalah merupakan Istana Hulu.

Beberapa imej lama menunjukkan beberapa bahagian Istana Hulu yang mengalami evolusi perubahan rekabentuk sehingga fungsinya berubah menjadi Galeri Sultan Azlan Shah yang kin menjadi antara salah satu tarikan utama ke bandar  DiRaja Kuala Kangsar.

Fakta Berkenaan Istana Hulu 

Istana Hulu juga dikenali dengan nama Istana Kota yang terletak di bukit Chandan tidak jauh dari Masjid Ubudiah. Merupakan tempat bersemayam Sultan Perak ke 28, Sultan Idris Murshidul Azam Shah (1887 – 1916). Bangunan ini dibina pada pada tahun 1903 dan siap pada 19016 dan diduki pula oleh Sultan Abdul JalilDalam tahun 1954, 

 Istana Hulu telah diduduki pula oleh Kementerian Pelajaran dan pada 1957.Ia digunakan sebagai sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Sekolah ini telah ditukar pula namanya kepada Sekolah Raja Perempuan Muzwin sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin bt. Raja Ariff Shah Pada tahun 2001, Kerajaan Negeri melalui JKR Perak sebagai agen pelaksana telah menjalankan pemuliharaan ke atas Istana Hulu untuk dijadikan Galeri Sultan Azlan Shah (keluasan tapak adalah 11, 053 m2 atau bersamaan 2.73 ekar.

Sejak itu Istana Hulu dikenali sebagai Galeri Sultan Azlan Shah, Bangunan Sekolah sediada telah diubahsuai dan digunakan sebagai Pejabat Pentadbiran Galeri ini dan pembinaan Bangunan tambahan yang baru untuk Galeri Kereta. Projek ini telah di siapkan pada tahun 2003 dan telah dirasmikan oleh Ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada Disember 2003


Pada tahun 2006 pula tercetusnya idea DYMM untuk membina Galeri Tambahan dan Gedung Simpanan Rekod memandangkan koleksi yang kian bertambah. Pada tahun 2009 pembinaan Galeri Tambahan ini telah bermula.  Keluasa tapak bagi Galeri Tambahan ini adalah seluas 2,561m2


No comments:

Post a Comment