Wednesday, January 7, 2015

MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR



 Imej Masjid Ubudiah pada tahun 1965


Rekabentuk tingkap Masjid yang indah



Salah Satu daripada Anjung Masjid 



Masjid Ubudiah dihiasi dengan pagar kekisi keluli berwarna emas


Masjid Ubudiah dipandang melalui Anjung Utamanya

 Satu lagi imej lama Masjid Ubudiah


Ruang Balai Lintang Masjid Ubudiah


Telah dibina oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah (1887-1916) dan menitah Colonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk merekabentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Arkitek yang ditugaskan merekabentuk Masjid ini ialah Mr. Hubbeck, yang menggunakan senireka 'Moor' dan Mr Caulfield, Jurutera Negeri Perak, telah ditugaskan melaksanakan bangunan Masjid ini.   
Senireka yang diilhamkan oleh Mr. Hubbeck telah menjadikan Masjid Ubudiah salah satu masjidyang mempunyai nilai senireka yang bermutu tinggi sehingga ianya mendapat tempat dalam pelan pelancongan. Pada hari Jumaat, 26hb. September 1913, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Batu mar-mar pembinaan masjid ini dipesan dari Itali dan telah dibawa melalui Afrika Selatan. Walau bagaimana pun pada tahun 1917, Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918) yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916.

No comments:

Post a Comment