Saturday, January 10, 2015

MASJID RIDWANIAH, KUALA KANGSAR


Masjid ini telah dibina pada tahun 1915 di zaman DYMM Sultan Idris Murshidul Ad’zam Shah (1887 -1916) Sultan Perak ke-38 Dibina diatas tanah yang diwakafkan oleh DYMM sendiri Kos pembinaannya adalah daripada wang wakaf DYMM, manaka penyelenggaraan di bawah satu badan yang dipanggil “Sultan Idris Religious and Charitable Trust” 

Masjid ini telah mengalami beberapa peringkat pengubahsuaian dan dibesarkan lagi di zaman DYMM Almarhum Sultan Iskandar sehingga Sultan Idris Shah II Pada tahun 1980-1981 masjid ini telah bertukar rupabentuk daripada asal kepada keadaan sekarang. 

Memiliki Bilik Mesyuarat, Pejabat dan kemudahan-kemudahan lain. Ia juga merupakan masjid terbesar di Kuala Kangsar dan menjadi Masjid Daerah dibawah Kerajaan Negeri.






Inii adalah imej Masjid Ridwaniah pada hari ini.

Masjid Ridwaniah pada tahun 1921

No comments:

Post a Comment