Friday, January 16, 2015

ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR





Adalah istana sementara yang dibina menggantikan Istana Negara yang dirobohkan untuk pembinaan istana baru (Istana Iskandariah sekarang). Diperbuat daripada kayu dan juga dikenali dengan Istana Lembah atau Istana Tepas. Pembinaanya adalah berkonsepkan bentuk sebilah pedang. Dindingnya menggunakan kelarai, berbumbung perabung lima dan perabung pisang sesikat.

Terletak berhampiran Istana Iskandariah, dan pembinaannya dirancang selepas banjir besar yang melanda negeri Perak pada tahun 1926. Tukang yang membuat istana ini adalah Hj. Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Prai. Sultan Iskandar Syah bersemayam disini setelah siap di bina pada tahun 1931 (Sultan Perak ke 30). Nama Istana Kenangan diberikan pada tahun 1960an setelah dibaiki semula oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.



No comments:

Post a Comment