Friday, January 16, 2015

ISTANA ISKANDARIAH, KUALA KANGSAR

Terletak diatas tapak berukuran 112,320 kaki persegi dengan memiliki bentuk segiempat bujur, yang mana muka hadapannya menghadap arah matahari terbit dan terus menghala ke arah Sungai Perak.

Adalah istana rasmi tempat bersemayam Raja-Raja pemerintah yang ditabalkan di negeri Perak sejak tahun 1933.

Istana ini mengambil nama Sultan Iskandar Syah yang bertanggungjawab semasa pembinaannya .

Pembinaannya telah disempurnakan di atas tapak Istana Negara di tebing sebelah kiri Sungai Perak di Bukit Chandan. Sultan Idris Shah II menaiki takhta Kerajaan dan bersemayam di Istana ini sehingga kemangkatannya pada tahun 1984

Mempunyai rekabentuk segiempat bujur dengan elemen gerbang, menara dan kubah. Dibina bercirikan rekabentuk luar negeri, iaitu menyerupai senibina Islam-India “Saraccenic” yang diadun dengan senibina Asia Barat. Senibina ini digemari oleh ahli senibina Inggeris dan diperkembangkan di Tanah Melayu pada kurun ke 20 seperti pembinaan Masjid, Stesen Keretapi dan Istana Iskandariah Sendiri.

Dapat dilihat pada gerbang tajamnya dan menara yang dilengkapi kubah berbentuk bawang. Dari pandangan hadapannya jelas menampakkan bentuk kubahnya dalam bentuk bawang. Selain Kubah Induk terdapat empat lagi kubah pengapit kecil pada setiap penjuru, yang menempatkan Anjung dan Balkoni terbuka. Merupakan bangunan tiga tingkat dengan fungsi-fungsinya yang tersendiri


Gerbang-gerbang yang jadi identiti Istana Iskandariah



No comments:

Post a Comment