Monday, January 5, 2015

TAMAN TASIK TAIPING






Taman Tasik Taiping antara Taman tercantik di Asia Tenggara merupakan Taman yang terhasil dari bekas aktiviti perlombongan bijih timah di era penjajahan British.

Kini ia merupakan antara tarikan utama bandar Taiping yang menempatkan berbagai-bagai fasiliti seperti Muzium Pertama di Perak dan Zoo.

Sekitar taman ini pula menempatkan pusat-pusat pengajian penting seperti Sekolah SERATAS dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 

Tidak hairan setiap hujung minggu kawasan taman yang turut  menyediakan kemudahan untuk rekreasi sentiasa dipenuhi pengunjung.

Kawasan sekitar taman ini pula sering dijadikan lokasi kepada pasangan pengantin untuk merakamkan keindahan setiap sudut taman ini dalam sessi fotografi mereka.

Koleksi foto-foto ini dirakamkan sekitar tahun 2011 dan 2012 yang lalu. Keadaan ini masih tetap sama dengan keindahannya yang terpelihara.

No comments:

Post a Comment